Sunday, September 13, 2009

Inilah hasil pertama kami!


'Piece' ini telah dijayakan pada bulan April 2006. Lokasi adalah di bilik Peroltz. Aku ke Kuantan semata-mata untuk 'bomb' dinding di sana, tapi berakhir di bilik beliau. Ok ke ni?

Biasalah, awal-awal buat di dinding, macam ni lah hasilnya. Tanpa 'special caps' lagi ni, menggunakan spray can Anchor.

Pengenalan kepada 'PROCEEZ'

Salam kepada semua!

Sebagai pengenalan kepada siri blog ini, aku rasa intro itu penting. Sebab ianya akan memberikan 'first impression' kepada semua pembaca dan juga pemerhati di luar sana.

Maka, dengan itu, kami ingin memperkenalkan diri kami.

Kami adalah 'PROCEEZ'. Nama yang diambil berdasarkan dua perkataan iaitu 'Process' + 'Proceed'. Maka, maknanya ialah pemprosesan dan penerimaan. Anda faham?

Ditubuhkan pada tahun 2005, semasa kami berdua masih lagi berada di bangku sekolah (Tingkatan 5). Senior lah juga kan. Ditubuhkan atas perkongsian minat yang sama iaitu seni atau lebih kepada seni graffiti.

Aku iaitu 'Nopx' dan juga rakanku iaitu 'Peroltz'. Pada mulanya kami juga dianggotai oleh 'Scypher' dan juga 'Nouve'. Namun, disebabkan komitmen yang berlainan, tinggal kami berdua memperjuangkan 'PROCEEZ'. Masih berharap mereka bersama-sama kembali berjuang bersama kami. :)

Walaupun ditubuhkan pada 2005, kami hanya berpeluang untuk melakukan graffiti di atas dinding hanya pada tahun 2006 dan juga sekarang, iaitu 2009.

Terima kasih kepada semua yang telah mengajar dan memberi kami peluang, iaitu Madnuz8, Medea, Orange, dan tak lupa juga kepada semua 'writers' di luar atas sokongan mereka.

Juga 'special thanks' kepada rakan-rakan 'writer' yang rapat, iaitu Epa, Eon dan juga Ikman.

Kami masih lagi dalam proses untuk melebarkan sayap. Apa maksudnya? Nantikannya!